Sunday, January 18, 2015

Di sebalik rahsia pulau-pulau selatan Singapura!

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!

Selasa, 13 Januari 2015M bersamaan 22 Rabiulawal 1436H


Pernahkah anda terfikir bahawa gambar-gambar ini semua berada di luar negara? Jika anda rasakan sedemikian, maka itu bukanlah jawapannya.



Selamat datang ke Pulau Sekijang Bendera, nama Melayu untuk St John's Island. Di sinilah, tempat yang paling sesuai untuk lari daripada kesibukan hiruk-pikuk kota. Jika anda ingin menikmati ketenangan yang sangat membuai perasaan anda, serta menikmati angin sepoi-sepoi bahasa, di sinilah tempatnya.

Alhamdullilah, setelah sampai di sini, saya belok kanan di pulau ini untuk mencari tempat yang sesuai untuk berteduh, tapi saya meneruskan langkah ke sebelah kiri pulau. Di sinilah, saya terserempak dengan burung merak serta ada masjid di sini.















Gambar terakhir di atas ini, merupakan penghubung ke pulau yang lain, yang diberi nama sebagai Pulau Sekijang Pelepah, dalam bahasa Inggerisnya, Lazarus Island. Di sinilah, pulau yang paling sesuai untuk berjemur di balik sinar mentari, serta pasir putihnya yang indah dan juga air lautnya yang boleh telus pandang di bawah sinar mentari.

Kunjungan ke Pulau Sekijang Bendera bukan setakat di pulau itu sahaja. Anda boleh pergi ke Pulau Sekijang Pelepah serta Pulau Seringat. Jadi, kunjungan anda boleh menjangkau sehingga tiga pulau pada satu-satu masa.

Baiklah, saya meneruskan perjalanan saya ke Pulau Sekijang Pelepah dan juga ke Pulau Seringat. Di Pulau Seringatlah, anda akan menikmati pemandangan pencakar langit Singapura serta di sebelah timurnya. Tapi saya berpatah balik ke Pulau Sekijang Pelepah, untuk menjemurkan diri saya di balik sinar mentari serta bermandi air laut di situ. Selanjutnya, saya sertakan gambar-gambar yang saya petik di tiga pulau ini.






Yang menariknya, bentuk pantai tersebut. Pantai yang membentuk huruf 'C' itu, sebenarnya, di sebelah atas, Pulau Seringat, yang ditunjukkan seperti di bawah.
Di sebelah bawahnya pula, Pulau Sekijang Pelepah.
Setelah menghabiskan masa di situ selama hampir empat jam (kunjungan pada hari biasa), saya kembali ke bot.
Perjalanan bot dari Marina South Pier ke Pulau Sekijang Bendera mengambil masa selama setengah jam, kemudian ke Pulau Tembakul dahullu sebelum pulang semula ke Marina South Pier. Kalau pada hari biasa, bot pertama berlepas pada jam 1000 pg dan bot kedua/ terakhir berlepas pada jam 1400h (2 ptg). Jadi, oleh kerana bot ini singgah ke Pulau Tembakul, saya pun ambil kesempatan singgah ke pulau ini.





















Menarik tentang Pulau Tembakul ini, ada tiga keramat yang menceritakan kisah Dato' Syed Abdul Rahman, ibunya serta anak daranya. 

Setakat di sini sahaja kisah saya menjelajahi empat pulau di sebelah selatan Singapura, Pulau Sekijang Bendera, Pulau Sekijang Pelepah, Pulau Seringat serta Pulau Tembakul.

Wasalam!






No comments:

Post a Comment