Wednesday, December 31, 2014

2014M - tahun suka, duka, gembira, dan juga pelbagai cerita yang tersurat dan yang tersirat.

Hi all! This post will be in Malay!

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!

Salam sejahtera pada anda semua, di mana sahaja anda berada. Tahun 2014M bakal melabuhkan tirainya sebentar sahaja lagi, namun pelbagai cerita yang tersurat dan juga yang tersirat telah dikecapi untuk sejarah semua.

Dunia tentunya maklum dengan cerita sedih yang melanda negara jiran kita, Malaysia. Bermula dengan kehilangan pesawat MH 370, syarikat penerbangan terkemuka Malaysia, yang sehingga kini masih tidak pasti lagi lokasi sebenar pesawat ini. Kemudian, pada bulan Ramadhan 1435H, ketika beberapa minggu sahaja lagi umat Islam seantero dunia bakal menyambut Aidilfitri, tertembaknya pesawat MH 17 yang sehingga kini. tiada satu kumpulan pun yang ingin mengaku bertanggungjawab ke atas penumpang dan anak kapal yang tidak berdosa. Baru beberapa hari lalu pula, syarikat tambang murah Airasia dengan pesawatnya, QZ 8501, yang dalam perjalanan ke Singapura pula, dikatakan hilang dari radar, namun kemudian dibuktikan terhempas ke dasar Laut Jawa.

2014 adalah sesuatu yang banyak berlakunya di luar jangkaan saya. Buat pertama kali dalam sejarah hidup saya, saya telah pun menceburi bidang hiburan secara tidak langsung dalam permainan yang paling saya gemari, di saluran Inggeris & Melayu, saluran 5 & Suria. Permainan 'We Are Singaporeans' musim ke-3 dan juga 'Kita Orang Singapura' musim ke-2.

Penglibatan khusus dalam rancangan bahasa Melayu ini, ialah saya berani menempelak penerbit rancangan ini, yang kemudian menukar semula soalan semasa dalam rakaman.

Alhamdullilah, 2014 telah pun melabuhkan tirainya. Semoga tahun 2015M bakal memberikan kita semua suntikan semangat untuk kita meneruskan hidup di bumi Allah ini.

Jangan lupa pula, sambutan Maulidur Rasul 1436H, yang bakal menjelang pada Sabtu, 3 Januari ini.

Sekian, Wasalam!


No comments:

Post a Comment