Hi all!
This post will be written in Malay!
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!
Susah sebenarnya nak mengaturkan percutian yang boleh mengumpulkan kesemua ahli keluarga. Maklum sahajalah, kesemua ada jadual yang tersendiri. Memang kali ini, ia sudah pun dirancang begitu lama sebelum tibanya tarikh ini. Dari keluarga saya sendiri, kesemua ahli keluarga dapat pergi. Pada sebelah ahli keluarga yang terdiri daripada makcik saya, semua pun dapat pergi.
Jumaat 18 Disember 2015
Gambar-gambar di bawah menunjukkan kami berlepas dari rumah, sudah tentulah rumah saya.
Anak saudara saya posing di belakang van sewa kami.
Semua bersedia untuk bergerak.
Kami semua bertolak akhirnya, pada jam 11 malam, setelah mengambil makcik dan pakcik saya, serta sepupu dan anak saudara kami, sejam awal. Jalan darat dari rumah menuju ke Melaka mengambil masa hampir 3 jam, pada jam 2.30pg pun kami sampai di sini.
Sabtu 19 Disember 2015
Acara pagi
Setelah kami sampai, kami terus makan pagi di luar rumah yang kami inap, dan bersarapan lewat bersama.
Makan di sini sebentar.
Sarapan pagi.
Majlis walimah di Taman Desa Duyong & berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Melaka.
Kami pun bertolak ke majlis walimah di Taman Desa Duyong sekitar jam 3 petang.
Lauk-pauk di sekitar majlis walimah.
Air.
Bergambar bersama tuan rumah.
Bergambar sekali lagi sebelum beredar.
Kami pun terus menuju ke Bandaraya, dan berjalan-jalan di sekitarnya.
Future Khadijah's kitchen in Melaka.
Di A' Famosa.
Kami pun bertolak untuk solat di Masjid Pulau Melaka.
Dan makan malam di sini.
Lauk asam pedas ikan pari. Tak sangka lebih sedap daripada yang segar.
Ahad, 20 Disember 2015
Berjalan malam di sekitar Jonker Walk.
Setelah makan malam, kami pun berjalan malam di sekitar Jonker Walk.
Jalan yang sangat sesak walaupun hampir ke tengah malam.
Ada makam di tengah bandaraya ini.
Makan tengah hari di Umbai, Melaka dan terus pulang ke Singapura.
Sebelum pulang, kami sempat ambil gambar di rumah ini.
Dan kami pun terus ke Umbai,
Dan kami pun terus pulang ke rumah.
Dah sampai Johor Bahru.
Pulang.
Sekian, wasalam!
No comments:
Post a Comment