Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!
Alhamdullilah, akhirnya setelah sekian lama saya sering ke Kuala Lumpur, saya dapat jejakkan kaki buat kali pertama ke Istana Budaya, menonton persembahan teater Mak Cun pada jam 3.15 petang hari Ahad, 15 November 2015M, bersamaan 3 Safar 1437H.
Ahad, 15 November 2015M bersamaan 3 Safar 1437H
Pemergian saya ke Kuala Lumpur kali ini, boleh dikatakan agak mengejut, jadi untuk pergi ke sana pun, agak kelam-kabut di mana saya memilih untuk pergi balik menaiki syarikat penerbangan yang berbeza.
Bertolak dari rumah pada jam 10.30 pagi, menunggu bas awam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi (sempat naik bas pula tu). Setelah hampir sejam perjalanan, barulah saya sampai, dan terus membuat persiapan untuk menaiki kapal terbang seperti yang dipaparkan di bawah.
Kebetulan, ada Star Wars di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Masih lagi berlangsung hingga 5 Januari 2016. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, sila ke laman sesawang berikut: https://starwars.changiairport.com/?page=home
Sempat bermain teka-kata ini di dalam kapal terbang ihsan Malindo Air.
Dah pun sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hampir jam 1.30 petang. Terus menaiki ERL ekspres ke KL Sentral.
Pemandangan jauh bandaraya Kuala Lumpur dari TUDM Sungai Besi. Sampai ke KL Sentral hampir jam 2.30 petang, dan terus menaiki teksi ke Istana Budaya. Tak sangka pula, perjalanan ke sana cuma mengambil masa 10 minit sahaja.
Jadi , bila dah sampai sana, apa lagi, ambil gambarlah.
Tempat duduk yang disusun cantik dalam Panggung Sari, Istana Budaya.
Tiket yang mempunyai nama saya setelah ditempah secara atas talian.
Inilah tiketnya, yang berharga paling mahal, hampir RM290 (S$96.07).
Etika pemakaian paling dititik-beratkan sebelum memasuki Panggung Sari.
Inilah tempat duduk saya.
Selingan sebelum pementasan.
Anjung kiri.
Anjung kanan. Pementasan pun bermula tepat pada jam 3.15 petang. Sebenarnya, tak boleh mengambil gambar semasa pementasan berlangsung, TAPI, saya dapat ambil ini secara tersembunyi.
Menaiki motor ke set!Sudut di mana orang kampung belajar Bahasa Inggeris.
Di sebuah warung. Setelah hampir 90 minit masa berlalu, masa untuk rehat pula selama 15 minit (tapi dipanjangkan sampai hampir setengah jam). Gambar-gambar semasa rehat adalah seperti berikut.
Pintu khas di tingkat atas, hanya digunakan apabila ada tetamu kenamaan, atau seperti yang dipaparkan dalam "Mahligai Gading" siaran RTM TV2 pada tahun 2005.
Tempat duduk di sebelah hadapan. Maka berikut pula adalah gambar semasa di akhir pementasan setelah dimulakan semula tepat jam 5.15 petang.
Diperkenalkan kesemua barisan penari dan pelakon pementasan teater Mak Cun yang dipimpin oleh Erma Fatima. Disebabkan kos tiket yang paling mahal, ada satu kejutan yang tak semua peminat boleh ketahui, iaitu sesi beramah mesra bersama pelakon.
Alhamdullilah, dapat bertemu bersama empat artis yang amat disegani di Malaysia, seperti yang ditunjukkan berikut.
Sesi beramah mesra bersama artis dijalankan di sini.Artis pertama, siapa tak kenal dengan si peneraju utama teater Mak Cun, Erma Fatima. Eh eh, sempat betulkan badan sebelum bergambar bersamanya.
Artis kedua, artis yang agak mapan juga dalam industri televisyen Malaysia, Balkisyh Semundur Khan. Orangnya memang kecil molek.
Artis ketiga, artis ini, semua lelaki yang melihat pasti akan berasa cemburu. Nasib baiklah dia 'hot' mama di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Nora Danish.
Artis keempat pula dan yang terakhir pada hari itu, pelakon undangan untuk pementasan ini, Ungku Ismail Aziz. Si dia ni memang selalu ke Angkasapuri, katanya.
Di dalam bilik inilah, sesi beramah mesra bersama artis ini dijalankan.
Baiklah, saya ada memberitahu yang dalam pementasan ini, dibenarkan merakam lagu. Jadi, inilah yang saya sempat rakam semasa pementasan berlangsung.
Setelah selesainya majlis ini, saya pun mengambil gambar di sekitarnya sebelum pulang.
Keenam Perdana Menteri Malaysia.Ada dewan makan di sini.
Gambar terakhir sebelum keluar dari situ.
Pemandangan dari tempat masuk Istana Budaya.
Bertentangan dengan bangunan baru Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Perhentian bas percuma, tapi secara pusing-pusing di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Jalan Tun Razak, bertentangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bangunan lama.
Saya pun pulang melalui pengangkutan udara, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Gambar di sekitar KLIA.
Cuaca di sekitar Semenanjung Malaysia.
Surau di KLIA.
Menaiki tren udara untuk ke pintu perlepasan yang berlainan.
Setelah bermundar-mandir di sekitar pintu perlepasan C, saya pun teruskan perjalanan menaiki kapal terbang ihsan Oman Air. Gambar-gambar di dalam kapal terbang serta akhir.
Pemandangan luar KLIA2.
Dah pun pulang ke Singapura.
Sekian, wasalam!
No comments:
Post a Comment