Saturday, February 7, 2015

Tayangan eksklusif #istikharahcinta slot Akasia di RASTA, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Hi all! This post will be in Malay.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Jumaat, 6 Februari 2015M bersamaan 17 Rabiulakhir 1436H

Ceritanya begini, sejak iklan untuk tayangan eksklusif ini dikeluarkan sejak Isnin yang lalu (sila rujuk pada tarikh di atas), saya pun teringin sangat nak menonton bersama artis-artis yang berlakon dalam drama ini. Bukannya apa, tak salah kan? Jadi, saya pun ambil keputusan untuk tempah penerbangan agar dapat sampai di sana pada jam 7.30 mlm ke atas.

Setelah sampai di KLIA2 pukul 6 ptg, saya pun terus bergegas menaiki KLIA ekspres ke KL Sentral, sampai jam 7 ptg, dan terus menaiki teksi ke RASTA, Taman Tun Dr Ismail atau TTDI, KL.
Baru keluar teksi, berderet kereta di sepanjang jalan, yang menunjukkan ramai peminat yang ada di sini. Bukan itu sahaja, gambar-gambar yang berikut pula menceritakan apa yang berlaku.

Layar besar untuk siaran eksklusif.

Bila dah nampak "Abang Sado" Malaysia ini, apa lagi, ramai yang terjerit, nak-nak lagi anak dara yang tak henti-henti jerit namanya, sambil berkata "Zul Ariffin, sini!"



Dan, peminat pun jerit, "Dina, sini, sini!", walhal yang membawa watak Dina itu ialah Faye Kusairi, pendatang baru dari Sarawak.

Sebelum tayangan bermula, semua artis yang menjayakan drama "Istikharah Cinta" pun tampil di atas pentas utama. Selain Zul Ariffin & Faye Kusairi, yang merupakan 'hero & heroin' drama ini, ada juga pelakon lain. Di antaranya ialah, Nizen Ayub, Syazwan Zulkifli, Lia Natalia, Eyka Farhana, Zarina Zainurdin, Farisha Crossley dan lain-lain. Maka, tayangan eksklusif pun bermula tepat jam 9mlm di TV3. Apa lagi, semasa bersiaran, kadang-kala, ada juga peminat yang menjerit manja, tanda sambutan drama tersebut.
Di sinilah saya duduk untuk menonton bersama. Tuan kedai ini sungguh baik hati memberikan saya tempat duduk yang sangat istimewa, sambil melanggani kedainya. Setelah siaran habis jam 10.45 mlm, semua pun tepuk tangan menandakan tamatnya kisah drama ini. Dan, semua pun beratur untuk sesi fotografi bersama artis, cuma, acara ini diadakan selama setengah jam sahaja. Pada jam 11.15 mlm, selesai sudah acara bergambar, jadi saya terlepas peluang untuk sekurang-kurangnya 'berselfie'. Tapi...
 Nampak tak, siapa ini? Zarina Zainurdin, pelakon veteran.
 Ni pula? Farisha Crossley.
 Pentas utama.
Dan, akhirnya, dapat juga saya ber'selfie' bersama Lia Natalia.

Dan, poster kecil ini, sebenarnya ada hamba Allah ini tak sengaja terjatuh benda ini, tapi saya pungut, dapat juga autograf secara percuma.

Alhamdullilah, selesai sudah acara ini. Insya-Allah jika ada kesempatan untuk saya pergi lagi, akan saya pergi.

Sekian, wasalam! #istikharahcinta

No comments:

Post a Comment