Friday, February 20, 2015

Toggle - Kita Orang Singapura S2 - Episode 7

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!



Untuk sesiapa yang ketinggalan menyaksikan penglibatan saya di Kita Orang Singapura, anda boleh lungsuri laman sesawang berikut.



Toggle - Kita Orang Singapura S2 - Episode 7



Sekian, Wasalam!



Selepas ini, ada beberapa individu menang besar dalam Episod 11 & 12. Episod 13 pula diperuntukkan untuk artis.

Saturday, February 7, 2015

Tayangan eksklusif #istikharahcinta slot Akasia di RASTA, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Hi all! This post will be in Malay.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Jumaat, 6 Februari 2015M bersamaan 17 Rabiulakhir 1436H

Ceritanya begini, sejak iklan untuk tayangan eksklusif ini dikeluarkan sejak Isnin yang lalu (sila rujuk pada tarikh di atas), saya pun teringin sangat nak menonton bersama artis-artis yang berlakon dalam drama ini. Bukannya apa, tak salah kan? Jadi, saya pun ambil keputusan untuk tempah penerbangan agar dapat sampai di sana pada jam 7.30 mlm ke atas.

Setelah sampai di KLIA2 pukul 6 ptg, saya pun terus bergegas menaiki KLIA ekspres ke KL Sentral, sampai jam 7 ptg, dan terus menaiki teksi ke RASTA, Taman Tun Dr Ismail atau TTDI, KL.
Baru keluar teksi, berderet kereta di sepanjang jalan, yang menunjukkan ramai peminat yang ada di sini. Bukan itu sahaja, gambar-gambar yang berikut pula menceritakan apa yang berlaku.

Layar besar untuk siaran eksklusif.

Bila dah nampak "Abang Sado" Malaysia ini, apa lagi, ramai yang terjerit, nak-nak lagi anak dara yang tak henti-henti jerit namanya, sambil berkata "Zul Ariffin, sini!"



Dan, peminat pun jerit, "Dina, sini, sini!", walhal yang membawa watak Dina itu ialah Faye Kusairi, pendatang baru dari Sarawak.

Sebelum tayangan bermula, semua artis yang menjayakan drama "Istikharah Cinta" pun tampil di atas pentas utama. Selain Zul Ariffin & Faye Kusairi, yang merupakan 'hero & heroin' drama ini, ada juga pelakon lain. Di antaranya ialah, Nizen Ayub, Syazwan Zulkifli, Lia Natalia, Eyka Farhana, Zarina Zainurdin, Farisha Crossley dan lain-lain. Maka, tayangan eksklusif pun bermula tepat jam 9mlm di TV3. Apa lagi, semasa bersiaran, kadang-kala, ada juga peminat yang menjerit manja, tanda sambutan drama tersebut.
Di sinilah saya duduk untuk menonton bersama. Tuan kedai ini sungguh baik hati memberikan saya tempat duduk yang sangat istimewa, sambil melanggani kedainya. Setelah siaran habis jam 10.45 mlm, semua pun tepuk tangan menandakan tamatnya kisah drama ini. Dan, semua pun beratur untuk sesi fotografi bersama artis, cuma, acara ini diadakan selama setengah jam sahaja. Pada jam 11.15 mlm, selesai sudah acara bergambar, jadi saya terlepas peluang untuk sekurang-kurangnya 'berselfie'. Tapi...
 Nampak tak, siapa ini? Zarina Zainurdin, pelakon veteran.
 Ni pula? Farisha Crossley.
 Pentas utama.
Dan, akhirnya, dapat juga saya ber'selfie' bersama Lia Natalia.

Dan, poster kecil ini, sebenarnya ada hamba Allah ini tak sengaja terjatuh benda ini, tapi saya pungut, dapat juga autograf secara percuma.

Alhamdullilah, selesai sudah acara ini. Insya-Allah jika ada kesempatan untuk saya pergi lagi, akan saya pergi.

Sekian, wasalam! #istikharahcinta

Another alfresco restaurant on the outskirts of Kuala Lumpur

Hi all!

On 6 February 2015 (Friday), after work, I decided to catch a flight to Kuala Lumpur, to enjoy my dinner, simply at this place, known as RASTA. Located at Taman Tun Dr Ismail, it is easily accessible via Penchala Link. Map is shown below.






Shown above, are example routes from Bandar Tasik Selatan, if you're from the south via bus, and also from KL Sentral, if you are from the airport or from downtown Kuala Lumpur.

So what's so good about RASTA? Different kinds of food available, just name it, sure you have it.



See, the wide variety of food available at RASTA, from the authentic Malay cuisine of different states, to Western meal. Plus, also there's another corner, which was known as "Pizza Art Malaysia", whereby you can enjoy your pizza at an exclusive place.

Hence, it's a good trip for those who want to try something different.

That's all.

Sunday, February 1, 2015

We Are Singaporeans

Hi all!

I would like to make an announcement.

To those who are interested to watch me once again, after I made my first appearance on We Are Singaporeans last year, this time, I will be on TV once again for the Malay version.

Here is my video for the upcoming episode.


So, do watch me on Kita Orang Singapura (We Are Singaporeans Malay version) on Saturday, 7 February 2015, at 9pm on Suria.

That's all.

Kita Orang Singapura

Hi all! This post will be in Malay.

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh

Alhamdullilah, sudah pun melangkah ke bulan Februari 2015. Sekejap sahaja masa berlalu dengan begitu pantas sekali.

Saya ingin membuat satu pengumuman.

Nantikan kemunculan saya di kaca tv Singapura dalam episod 7 Kita Orang Singapura pada hari Sabtu, 7 Februari 2015 di Suria pada jam 9 mlm.

Di sini, saya selitkan selingan saya untuk episod yang akan datang.

Sekian, wasalam!