Sunday, May 17, 2015

Percutian hujung minggu di Langkawi!

Hi all! This post will be in Malay!

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Percutian hujung minggu saya di Langkawi akan saya rumuskan untuk lawatan penting di Langkawi, terutama sekali di Makam Mahsuri dan juga wisata lompat pulau.

Sabtu, 9 Mei 2015M bersamaan 20 Rejab 1436H

Tak sah kalau ke Langkawi jika tidak membuat kunjungan ke Makam Mahsuri. Inilah gambar-gambar di sekitar Makam Mahsuri.


Apa kaitannya Mahsuri dengan Langkawi? Mahsuri telah pun difitnah oleh para menteri, dan dia telah pun dihukum. Ketika sedang menjalani hukuman, Mahsuri didapati tidak bersalah oleh kerana ada darah putih mengalir dari tubuhnya, maka dia pun bersumpah bahawa selama tujuh keturunan, Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur, sehingga lebih banyak kerbau dari manusia. Sumpahan yang berlaku pada 1819 itu cuma berakhir sekitar tahun 1987. Sumpahan selama 168 tahun itu menyebabkan kesemua generasi selepas Mahsuri lari ke tanah besar Semenanjung Malaysia ataupun ke Selatan Thailand. Generasi ke-7 Mahsuri, Wan Aishah pula dilahirkan dan dibesarkan di Phuket, Thailand, dan baru beberapa tahun lalu, berkahwin dengan seorang lelaki dari Langkawi.

 Inilah dia makamnya.
Ikatan dua hala yang kukuh di antara selatan Thailand dan Langkawi terbukti dengan kehadiran pengunjung dari selatan Thailand, yang menganggap Mahsuri sebagai wirawati negara.

Ahad, 10 Mei 2015M bersamaan 21 Rejab 1436H.

Lawatan wisata ke pulau-pulau daerah Langkawi.

Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar & Pulau Dayang Bunting. Ketetiga pulau ini adalah pulau yang secara rasmi boleh dilawati dalam waktu yang tertentu sahaja, pada siang hari.

Pulau Beras Basah; tempat yang menarik untuk melakukan aktiviti menyelam di air cetek dan berenang.










Pulau Singa Besar: tempat burung helang diberi makan.




Pulau Dayang Bunting & Tasik Dayang Bunting













Sekian, wasalam!

No comments:

Post a Comment